Tuesday, May 20, 2014

Cabaran 10 Hari BLOGGING !


Kali ni saya rasa macam nak ajak kengkawan sesama post some entry on the same topic tapi story ikut selera memasing..

Memandangkan dorang ni pemalas nak update blog dorang, dan saya pulak suka nak membaca ( kegilaan nak membaca ni kadang2 datang secara tetiba!)

Tapi saya tatau nak buat topik tentang ape. Better tanya suara ramai kan? hehehehe

So, apa korang pikir, topik ape best utk kita sama2 tulis kat blog ni? Cabarang 10 hari blogging kita ni? Just for fun untuk kita2 je :) di samping memenuhkan la sikit blog kitaorang kan? dari biar je berhabuk camtu.

kang korang buh je pape topik eh... kita pick sama2. PEACE [v] No war!

- zarra -
-0113 Hours -
- Sibu-

Monday, May 19, 2014

Wanita menyamar menjadi JURURAWAT

Baca je la dulu keratan akbar tu. Tak ke useless perbuatan macam tu? Kalau apa2 terjadi semasa penyamaran dia, takke the blame would be to all nurses?

Kut ye pun terlalu minat nak jadi jururawat, ikut la saluran yg betul dik oi.... Stadi dulu 3 taun. Amek dip in nursing kat mana2 kolej yg ada menawarkan program berkenaan. (itu kalau x larat nak tunggu SPA la)

Menjadi nurse ni bukan senang. Its more than just pakai white uniform, pakai cap, kasut putih and a name tag. Its a life saver job. Dan kena fleksible. Kita kena buat semua benda, dari sekotor kotor benda ke sebersih bersih benda. Jaga dari yg bru lahir hingga yg tidak bernyawa. Berkorban masa dan kesihatan demi keselesaan org lain. Berdiri the whole shift. Jalan takde masa nak lenggang lenggok macam jalan kat maket ikan. Kena laju.

Masa makan, tidur semua tak tentu. Takde masa nak manjakan diri dengan set jam tidur jam 9 mlm setiap malam. Sebab sometimes, kena on NIGHT.

But, i love my job.

I love being a NURSE

Jadi jangan cemari profession saya!

=zarra=
-Sibu-
-0240 hours -

Friday, May 16, 2014

BUSANNNNN

Busan!
Mata ni dah nape tak ngantuk2 agi?
Ni la bahana selalu sangat tido pepagi, pastu malam2 memang susah giler nak tdo. Nak buat cane, dah jadi macam habit.

Korang biasanya buat ape je kalau busan ek?

Kalau saya lak, masa busan2 saya suka
1. Layan perasaan
- Orang perempuan memang suka bab2 layan perasaan ni kut. Tak kisah la perasaan galau ke, hepi ke, sedih ke, janji perasaan. Tapi tu lagi baik dari takde perasaan langsung kan? Parok!

2. Karok
Yeahhh!!
I'm not a gud singer though. Tapi buleh la buat halwa telinga diri sendiri dan karok dalam bilik air. Nak tunggu Anuar Zain karok tuk I? Dalam mimpi pun takkan mungkin, lain la kalau u on MP3, spin lagu Anuar Zain, tu OUT OF TOPIC. daa..

3. Tido.
See? Tido lagi. Apabila anda busan, dan anda amek langkah untuk tido je, thats means, u r totally PEMALAS. Macam saya. Hahaha.. Sabo je lah!

4. Borak
Borak ngan kawan, or si dia ?? Hehehe. Ni resia negara kunta kunte. Tak perlu i nak mention kat sini. Malu (sejak bila i ada perasaan malu ni eh?) tak sangka...

5. Blogging
Ni bahaya. Sebab saya akan mula nak merapu benda tak elok dan anda yang baca pun akan mula rasa nak unfollow je blog i. BUT PLS. DONT DO THAT for the sake of ur life (ugut) hahahaha

Itu je la kut. I need to have some sleep now. I guess.


= zarra=
-0547 hrs-
sibu
c the time? n still am not sleepy yet. damn!


Selamat Hari GURU !!


Selamat Hari Guru !!
16 May dah kan? OK, nak cakap pasal cikgu2 yang bagi impak besar kat hidup Aii la. Boleh tak? kalau tak boleh pun nak bebuat boleh jugak

1. Mdm Maria 
Dia ajar saya banyak benda tentang kehidupan. Paling takleh lupa, dia pernah cakap ngan Aii camni " Yin, masa stadi ni, jangan nak bercinta. Kalau orang bagi surat, jangan baca. Nnt Yin tau sapa orang tu, dan lepas tu Yin akan malu kat dia, dan tak dapat nak konsentrate stadi" Masa tu Aii masih lagi darjah 6. So, ikut je lah apa dia cakap, and yes, i NEVER fall in love or read any LOVE LETTER from a boy. amek kaw. betapa lurusnya i dulu. Mdm Maria ni ajar Aii Bahasa Inggeris. Jam 1pm - Jam 3pm biasanya murid2 lain akan tidur di asrama sementara menunggu masuk kelas jam 3 pm - 4pm. Yang Aii pulak akan teman dia di ofis dan membaca artikel2 English yang dia bekalkan. I her so much.

2. Cikgu Charlie 

Ni guru kelas Aii masa darjah 6. Dia ajar BM. Cikgu ni hebat. Serba serbi dia hebat. Masak. Seni. Tarian. perghhh... Memang serba serbi la. Tapi Aii pernah sekali gaduh ngan dia, sebab masa tu Aii terkilan giler, Aii tak terpilih untuk wakil sekolah untuk Pertandingan Pidato Peringkat Bahagian. Padahal masa tu, Pidato is my passion (kunun2) Tapi kejap je la gaduh ngan dia, sebab then i found out that, seorang cikgu lain lak tak bagi dia pilih Aii untuk join tu takut my fokus on UPSR larik. takpe lah. Terima Kasih, Cikgu!

3. Cikgu Lim

Mengajar Aii dalam tingkatan 6 atas. Dia ajar BM. Kelas dia adalah kelas favret Aii selepas MUET ( minat muet sebab tak perlu belajar, kitaorang layan benda lain. tu resia )
Rindu cikgu ni... Dia sporting gile. pernah sekali, dia ajar untuk menukar ayat aktif kepada ayat pasif. means, semua dialog2 tu, u kena tukar kepada ayat biasa lah..
Dan Aii volunteer la nak tukar ayat. Ayat apa ntah masa tu lupa, tapi Aii nye jawapan is " sebelum malam melabuhkan tirainya..."belum habis Aii nak bagi jawapan Cikgu Lim dah jerit " ELAINEEEEEE... banyaklah kau punya tirai. ingat ini kelas sastera zaman P. Ramlee ke?! Simpan dalam tong sampah baru tau!'
" Tong sampah tak muat la, cikgu"
"Simpan dalam parit besar, nak?"
uwaaa.. kejam tau...
Tapi ape2 pun, TERIMA KASIH CIKGU! sebab jasa cikgu, saya jadi diri saya yang hari ini.


=zarra=
-sibu-
0125hrs